Perkara yang perlu diperhatikan sebelum membeli sejadah adalah seperti warna, bahan, corak serta ukurannya. Kami akan menjelaskan beberapa tips di bawah ini agar anda terasa selesa untuk solat dengan sejadah pilihan yang tepat.
1. Pilihan bahan yang selesa untuk digunakan
Pemilihan bahan sejadah sangatlah penting kerana ia menentukan keselesaan ketika beribadah. Bahan paling umum digunakan adalah baldu dan velvet yang akan terasa halus dan tidak licin. Bagi kanak-kanak sejadah dengan bahan bulu boneka yang sangat lembut untuk kulit kanak-kanak. Materialnya mestilah ringan dan mudah dibawa kemana sahaja.
2. Corak dan warna sejadah
Pellbagai warna dan corak sejadah yang dijual. Pilihan sejadah dengan warna gelap seperti hitan dan coklat banyak menjadi pilihan kerana tidak cepat kotor. Pemilihan warna dan corak mengikut citarasa masing-masing untuk membuatkan anda lebih bersemangat dalam melakukan ibadah. Namun, jangan sampai gabungan warna dan corak membuat ibadah dan orang disekitar anda jadi tidak khusyuk. Sejadah untuk kanak-kanak hendaklah memilih warna-warna yang cerah supaya kanak-kanak lebih besemangat untuk beribadah.
3. Kualiti Jahitan
Kualiti jahitan salah satu tips yang perlu anda perhatikan. Jangan sampai ada benang-benang yang terurai kerana mudah tersangkut sehingga mengganggu ibadah anda. Jika anda membeli secara online baca ulasan terlebih dahulu. Sejadah yang berkualiti akan membuat ibadah anda lebih khusyuk. Pilihlah sejadah dengan kualiti jahitan yang rapi.
4. Cara penjagaan sejadah
Kebersihan haruslah dijaga ketika beribadah. Sejadah yang sudah lama tidak cuci akan menjadi bau sehingga solat anda terganggu. Cuci sejadah anda untuk menghilangkan kotorannya. Namun, hindari menjemur sejadah dibawah sinar matahari secara langsung agar warna dan kualiti bahannya tetap terjaga. Setiap kualiti sejadah berbeza jadi sebelum membersihkan sejadah anda baca petunjuk cara penjagaan sejadah yang anda beli. Petunjuk tersebut biasanya ada pada bungkusan atau lebel produk. Dengan itu, kualiti bahan akan tetap terjaga dengan baik.
5. Ukuran sejadah yang tepat
Ukuran sejadah perlulah tepat kerana ia akan mengganggu orang sekitar anda. Ukuran lebar sejadah sekitar 54-70 cm dengan panjang 110 cm. Pemilihan ukuran yang sesuai membuat ibadah lebih selesa kerana seluruh tubuh anda tidak menyentuh lantai. Bagi ukuran sejadah kanak-kanak lebih kecil sekitar 60 cm x 35 cm. Namun, perhatikan ketinggian si kecil agar ketika sujud tetap berada di dalam area sejadah. Jika si kecil lebih tinggi daripada seusianya, berikanlah sejadah dengan ukuran yang lebih luas agar lebih selesa dalam beribadah.
untuk maklumat lanjut tentang sejadah kanak-kanak Malaysia, sila lawati https://www.brainius.com.my/


